Wednesday, July 8, 2009

interior baru..

Alahai...jenuh dah cari 'interior' yang sesuai untuk blog kami ni. Ni kira yang paling bestlah pada pandangan mata kami. Hmm..kali ni bukan lagi untuk aku sorang je...tapi blog Anjung Manjung (sebelumnya 'jari-jari manis melakar kanvas') ni dah jadi blog rasmi untuk kami sefamili...Suhaila (Su) dan Noor Azizan Rahman (Paiman)..dan anak-anak kami..Nadrah (Yaya) dan Eusoff (Chof) pun join sekali. Setakat mana yang termampu kami layan untuk upgred blog ni, harap semua dapat terima..maklumlah..kami ni bukannya daripada golongan yang dapat menatap pc hari-hari (macam kak anim..hee..jangan marah)..

Ok..'Anjung Manjung', secara kebetulan sebenarnya. Tengah dok mencari-cari tajuk yang sesuai untuk family blog..aku (Su) selak laman-laman kamus dewan dengan tujuan mendapat perkataan yang sedap sebagai tajuk. Entah macam mana terserempak dengan perkataan 'manjung'. Oh! MANJUNG! Tak kusangka..sebenarnya ada tercatat dalam kamus. Aku fikir manjung ni hanya sekadar nama khas yang diberi kepada sebuah daerah di Perak dan ia juga dilabel dalam peta purba, malah berkekalan hingga kini sebagai salah sebuah daerah tertua di Perak. Hmm..bangga..walaupun rumpun keluarga kami bukannya daripada negeri berkilauan ni..tapi..ehem..bangga tetap bangga..sebab manjung ada dalam kamus dewan..kehkehkeh..lagi pun kami sedang membina empayar keluarga di sini..empayar tu..bahaye (/e/taling)..

Sambung sikit lagi, ek. Perkataan manjung dalam kamus dewan ada tiga makna: (I) jamung @ suluh besar (untuk menangkap ikan); (II) (Selangor) manjungan (sejenis perahu); (III) permanjungan (bilik di sisi rumah yang lantainya lebih tinggi) @ anjung. Sebab itulah, makanya, kami memilih manjung daripada makna ketiga sebagai tajuk yang paling dianggap sesuai dengan blog kami ni. Jadi, diharap anda enjoy melayari blog kami.

Monday, May 4, 2009

Mula-mula...

Ya...baru ini saya berpeluang untuk mencipta blog sendiri tanpa gangguan. Terkial-kial juga sambil meraba-raba apa yang perlu saya dahulukan. Ternyata tidaklah sesukar mana tetapi bagi orang seperti saya, merenung lama kotak bermuka kaca ini, merupakan suatu perkara yang lebih kebas daripada bercinta. Saya cuba..dan masih mencuba..mencari masa dan ketika yang sesuai untuk menitip satu persatu kata-kata yang mungkin akan mebuahkan ide dan pengalaman berbeza di antara kita.....